Lokasi: Rumah - Berita - Berita Lewat

Kongsi pengalaman di Universiti Brunei Darussalam
Menerbitkan: 2009.08.31 Sumber: MAKMAL SAINS-Http://www.makmal-sains.com Klik:
 

Dr Sheikh Muszaphar mencerita pengalamannya di angkasa lepas kepada Sultan Hassanal Bolkiah di Brunei.

Jemputan sempena 'Minggu Ilmu' dapat sambutan luar biasa daripada pelajar sekolah, universiti

http://www.quartzlab.com/En/China.html

AKHIR bulan lalu, saya berada di Brunei Darussalam buat kali kedua. Kali pertama adalah dua bulan lalu apabila saya berkongsi pengalaman bersama 600 rakyat Thailand yang begitu bersemangat untuk mengetahui penjelajahan dan kehidupan di angkasa lepas.

Rakyat Thailand? Ya! Memang pelik kerana saya berada di Brunei, tetapi memberi ceramah motivasi kepada rakyat Thailand. Saya terpaksa menggunakan khidmat penterjemah untuk bermesra bersama rakyat negara itu dan sudah tentu, saya menggunakan peluang itu untuk mempelajari serba sedikit bahasa Thai yang dianggap begitu lembut dan merdu.

Antara 23 hingga 26 Julai lalu, saya dijemput oleh Jabatan Pejabat Mufti Brunei sempena ‘Minggu Ilmu’. Di Brunei, pelbagai program berunsurkan sains dan keagamaan diadakan sepanjang Julai sempena hari keputeraan Sultan Brunei yang ke-62 pada 15 Julai.

Brunei adalah sebuah negara yang aman dan makmur, rakyat mesra dengan senyuman. Mungkin kerana bilangan penduduk yang kecil, iaitu kira-kira 300,000 orang, tetapi kaya dengan minyak, kesan kemelesetan ekonomi global akibat kenaikan harga minyak dan bahan makanan seperti beras serta keperluan lain tidak begitu memberi kesan kepada penduduk Brunei secara keseluruhan.

Kekuatan agama Islam dapat dirasakan di negara ini, bermula dengan bacaan doa sebelum kapal terbang Royal Brunei berlepas dan masjid berdiri gagah di pusat Bandar Seri Begawan menunjukkan keagungan Islam.

Tidak ada kesesakan lalu lintas dan keadaan begitu berbeza berbanding Kuala Lumpur. Namun, rakyat Brunei dan Malaysia tidak banyak perbezaan dari segi kesopanan dan kesusilaan. Maklumlah, kita semua adalah dari rumpun keluarga yang sama .

Sepanjang tiga hari pertama, saya memberi ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman di angkasa lepas di Universiti Brunei Darussalam. Sambutan nampaknya sungguh menggalakkan. Dewan dipenuhi pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.

Pelbagai soalan yang ditujukan menunjukkan minat mendalam di kalangan mereka dalam bidang angkasa lepas. Secara umum, pelajar Brunei fasih dalam Bahasa Inggeris kerana kebanyakan mereka meneruskan pengajian di luar negara dan kembali berkhidmat di negara sendiri.

Pada petang 26 Julai, saya bergegas ke Malaysia untuk memberi ceramah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, sebuah universiti cantik yang hanya kira-kira 30 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Ini adalah kali pertama saya berada di UUM dan diberitahu bahawa universiti ini beberapa kali memenangi anugerah landskap tercantik sebelum diambil alih oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Syabas kepada mahasiswa UUM yang menunjukkan minat mendalam terhadap bidang angkasa lepas. Bagaimanapun, sedih kerana tidak dapat meluangkan masa yang lebih panjang bersama mereka kerana terpaksa bergegas kembali ke Brunei pada jam 4 pagi keesokan hari untuk memberi ceramah di Pusat Konvensyen Brunei yang dipenuhi kira-kira 5,000 penduduk negara itu dengan tema “Muslim in Space and its Direction’.

Sementara itu, buku arwah adik saya amat laris dijual dan saya gembira dapat bermesra bersama rakyat Brunei.

Saya juga berkesempatan bersua muka dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri serta anak-anak baginda, Pada pertemuan itu, saya menceritakan serba sedikit mengenai keagungan Islam di angkasa lepas.

Inilah yang dijanjikan! Bukan saja berkongsi pengalaman bersama rakyat Malaysia, tetapi seluruh umat Islam serata dunia dengan harapan agar kita dapat mengembalikan keagungan Islam di mata dunia, terutama dalam bidang sains dan astronomi.

Kini kita amat sedih melihat umat Islam berpecah-belah dan berperang antara satu sama lain seperti di Iraq dan Afghanistan.

Hasil lawatan ke Brunei, saya berharap rakyat Malaysia dan Brunei dapat bekerjasama lebih erat, terutama dalam bidang sains dan teknologi kerana pelbagai manfaat yang boleh dipelajari antara satu sama lain.

Kita mempunyai budaya dan sejarah yang sama, bahasa yang serupa dan lebih penting adalah persamaan rumpun Melayu. Semoga hubungan Malaysia dan Brunei akan menjadi erat dan kukuh bagi memartabatkan bangsa dan agama di mata dunia. Sudah pasti saya akan kembali ke Brunei pada masa akan datang. Insya-Allah.

Tak mandi sepanjang di ISS

Soalan:
Assalamualaikum, saya kagum dengan kejayaan Dr. Bagaimana kehidupan harian seperti mandi dan tidur kerana tiada tarikan graviti di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)?

Nur Hafizah Abdul Aziz
Perak

Jawapan:
Air sangat berharga di ISS . Kami tidak mandi seperti di bumi, tetapi menggunakan kain basah untuk

menyapu badan. Mujur badan tidak berbau di ISS, mungkin kerana tidak ada bakteria. Untuk tidur, kami menggunakan beg tidur dan sentiasa dalam keadaan terapung.

Kebanyakan angkasawan mengalami masalah sakit belakang kerana keadaan spina yang tidak stabil. Pertama kali saya bangun dari tidur, saya berada di hujung ISS kerana terlupa mengikat

beg tidur pada panel ISS. Kami juga bermimpi di ISS dan saya sendiri bermimpi sebanyak dua kali sepanjang 12 hari di ISS

Dr Sheikh Muszaphar

MAKMAL-SAINS.COM  *  Tel: +65-6316 6370  *  Email: sales@optics.sg  *  Address: 8 Boon Lay Way, TradeHub 21, #04-04, Singapura      SingaporeForum